Gunung
Tahan, Taman Negara, Pahang
Gunung Tahan merupakan gunung tertinggi
di Semenanjung Malaysia. Gunung ini digazetkan
sebagai Taman Negara diurus oleh Jabatan
Perhilitan, Taman Negara Tahan.
Gunung Tahan berdiri megah disamping gunung-gunung
lain iaitu; G. Gedung(), G.Resket (1666m),
G. Tangga 15 (1539m), G. Pangkin (1462m)
dan G. Rajah (576m).
Terdapat 3 laluan atau trek untuk ke G.
Tahan. Trek Merapoh. Trek Kuala Tahan dan
Trek Kuala Koh. Trek Kuala Koh amat kurang
dilalui pendaki atas faktor-faktor jauh
dan sukar ke Kuala Koh itu sendiri.
Kebiasaannya pendaki akan melalui trek
Merapoh-G. Tahan-Merapoh,
Merapoh -G.Tahan - Kuala Tahan,
Kuala Tahan -Kuala Tahan atau
Kuala Koh - Kuala Tahan
Merapoh
Pekan kecil di negeri Pahang ini terletak
diantara K. Lipis - Gua Musang. Mudah ke
Merapoh menggunakan perkhidmatan keretapi.
Pejabat Taman Negara Tahan ada di Merapoh
untuk urusan pendakian.
Kuala Juram / Sungai Relau
Satu kem yang boleh memuatkan ramai pendaki.
Kuala Juram merupakan tempat permulaan pendakian.
Dari Merapoh, pendaki akan dihantar menggunakan
pacuan 4 roda pihak Taman Negara Tahan.
Kuala Juram menjadi tempat pembiakan ikan
sungai.
Kuala Luis (306M d.p.l)
Satu lagi sungai yang perlu direntah pendaki.
5KM dari kuala Juram.
Kem Lata Luis
6KM dari Kuala Luis. Berada bersebelahn
Sg. Luis yang tenang dan berlata. Berada
di ketinggian 558m dpl.
Kem Kor (750m d.p.l)
Kem yang bersebelahan dengan sungai. Cukup
luas untuk 100 orang berkhemah. Jarak tempuh
dari Lata Luis 2.5KM.
Permatang
2.5 KM dari Kem Kor, terdapat satu kawasan
khemah kecil diatas permatang.
Kubang (1406m d.p.l)
Kem ini dimanakan kubang kerana tedapat
satu kubang besar di kem ini. Ada anak sungai
berdekatan kem ini. Keluasan kem ini juga
mampu menampung lebih 100 orang pendaki
berkhemah
Belumut
Jarak 1.5 km dari Kubang. Kawasan ini sejuk
dan lembab serta penuh berlumut. Terdapat
lopak -lopak air dan kawasan yang boleh
dipasang khemah untuk 2 -3 khemah.
Bonsai (1705m d.p.l)
Berada di ketinggian dan 5.5 km dari Belumut.
Persekitaran dipenuhi pokok -pokok bonsai
setinggi pinggang.
Bukit Botak
3KM dari Bonsai. Sebuah bukit yang lapang
umpama botak. Kawasan lapang di sini boleh
menjadi kawasan perkhemahan. Sumber air
dari tadahan hujan dan lopak-lopak. Pemandangan
yang menarik sekitar bukit ini.
 |
|
Puncak
G. Tahan
|
G. Tahan (2187m d.p.l)
Puncak tertinggi ini ditandakan dengan papan
tanda, sebelum ini ada beirut yang masih
ada sisa tiangnya. Terdapat satu kawasan
perkhemahan berdekatan yang boleh menampung
60 orang dan sumber air dari mata air dan
lopak-lopak. Satu kesan tapak kaki gergasi
yang dikatakan Sang Kelembai boleh dilihat
disini.
Gunung
Gedung
Gunung yang paling berdekatan dengan G.
Tahan. Persekitaran dipenuhi pokok bonsai,
Tidak jauh dari sini terdapat bangkai kapalterbang
perang dunia ke-2.
Gunung
Reskit (1216m d.p.l)
Hanya 1.5 km dari G. Gedung. Laluan mendaki
dan menuruni untuk sampai ke puncak gunung
ini. Puncaknya agak kecil dan dikelilingi
pokok setinggi 2-3 meter.
Gunung
Tangga 15 (1539m
d.p.l)
2.5KM dari gunung Reskit. Gunung yang dipandang
umpama puncak 15 anak tangga gergasi ini
berada di ketinggian . Laluan ke gunung
ini penuh berbatu dan curam.
Gunung
Pangkin (1462 m
d.p.l)
Gunung ini cuma 1.5 km dari G. Tangga 15.
Panorama gunung-ganang yang menarik dapat
dilihat dari puncak gunung ini.
Kem Pangkin Bawah
Kem ini berada di kaki G. Pangkin boleh
memuatkan kira-kira 40 orang. Terdapat anak
sungai berdekatan sebagai sumber air minuman.
Wray's Camp
Kem ini dinamakan sempena nama seorang pendaki
Inggeris, Wray's. Wray yang dikatakan mati
disini diabadikan namanya. Kem ini cuma
1km dari Kem Pangkin Bawah dan boleh memuatkan
2 khemah.
Kem Sarsi
Kem ini dikelilingi pokok sarsi, Sejenis
pokok yang kulitnya berbau dan berasa minuman
sarsi.
Kem Kuala Teku (168m d.p.l)
Kuala Sungai Teku yang luas dan berjeram.
Kem ini boleh menampung kira-kira 100 orang
berkhemah. Jarak dari Wray's Camp sejauh
5KM.
Kem Kuala Putih
7KM dari Kem Kuala Teku, Sungai Putih mempunyai
air yang cukup jernih. Pendaki perlu merentas
beberapa kali Sungai Tahan yang adakalanya
sehingga paras dada sebelum tiba di kem
ini.
Kem Tengah
Kem ini berada kira-kira ditengah Kem Kuala
Putih dan G. Rajah. Terdapat mata air yang
cukup jernih di kem ini. Kem yang agak luas
untuk 30orang bermalam ini jarang dijadikan
tempat bermalam kerana kisah mistik, dikatakan
ada 2 orang asli yang lalu di kem ini. Seorang
dari mereka mati dan digantung di sebatang
pokok bagi mengelakkan dari dimakan binatang,
sementara seorang lagi pergi mendapatkan
bantuan. Setibanya kembali di kem ini, didapati
mayat tersebut telah berubah kedudukannya.
Gunung
Rajah (576m d.p.l)
Puncak gunung ini gondol dan mengadap banjaran
gunung Tahan dengan panorama yang mengkagumkan.
Semua gunung di Taman Negara Tahan ini dapat
dilihat dari puncak gunung ini. Jelas kelihatan
2 barisan gunung dari G. Tahan. Satu barisan
terdiri dari G. Tahan, G. Gedung, G. Reskit,
G. Tangga 15 dan G. Pangkin manakala satu
lagi barisan gunung terdiri dari G. Tahan,
G. Ulu Kerchau dan G. Pantat Lesung. Jika
G. Rajah tidak dinamakan sebagai gunung
pendaki mungkin tak perlu mendaki ke puncaknya
untuk ke Kuala Tahan.
 |
|
Air
terjun 4 tingkat (4 steps waterfall)
|
Kem Melantai
Kem yang terakhir sebelum ke Kuala Tahan.
Terletak di tepi sungai. Perjalanan dari
kem ini ke Kuala Tahan adalah landai umpama
melata di lantai. Pendaki boleh terserempak
dengan hidupan liar sepanjang perjalanan
ke Kuala Tahan seperti rusa, babi dan gajah.
Kuala Tahan Penamat / pemula perjalanan
pendakian. Terdapat Pejabat Perhilitan,
resort, Muzium, dan lain-lain kemudahan
kawasan pelancongan. Suasana hidup di Kuala
Tahan menarik untuk dikunjungi.
Air Terjun 4 tingkat ( 4 Steps Waterfall)
Air terjun ini terletak di tengah belantara
di Taman Negara Tahan. Jarang sekali pendaki
dan pengunjung pergi ke air terjun ini.
Pendaki memerlukan sekurang-kurangnya 2
hari perjalanan pergi dan balik ke air terjun
ini.
Gunung
Ulu Kerchau (Kerchau) & Gunung Pantat
Lesung
Maklumat gunung ini masih dalam proses.
|
|
|
|
|
|